Kata alu-aluan KPS

Print
Category: Info
Published Date Written by Administrator

 

Kata Aluan Ketua  Pusat Sumber

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Selamat datang ke Laman Web Pusat Sumber Al Kindi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Laman Web ini disediakan bagi memberikan gambaran tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Sumber, waktu perkhidmatan, dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan Pusat Sumber Al Kindi. Alhamdulillah, Pusat Sumber  dapat menyediakan perkhidmatan dan aksesan maklumat  kepada guru pelatih, pensyarah, staf, dan pengguna.

Kini, keperluan maklumat pada masa yang dikehendaki adalah sangat penting. Pengguna memerlukan maklumat dalam masa yang diperlukan, terkini dan sahih untuk membuat keputusan. Walaupun terdapat ledakan maklumat melalui internet, tetapi terdapat halangan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pusat Sumber  menyediakan kemudahan maklumat dan perkhidmatan secara atas talian kepada semua pengguna. Laman Web ini dapat memberikan banyak faedah kepada pengguna dalam pencarian maklumat.

Saya berharap agar semua pengguna dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan  sebaik mungkin. Terima Kasih.

 

AHMAD SALIM HAMBIAH

 

News 2u

Written on 15/01/2012, 14:13 by admin
u-pustaka Siri Jelajah U-Pustaka Peringkat Negeri Pahang Siri jelajah u-Pustaka Negeri Pahang akan diadakan di Pusat Sumber Al-Kindi IPG Kampus Tengku Ampuan...
Paparan yang menarik gunakan Internet Explorer & Monzilla Firefox dengan 1024 x 768 piksel @ Hakcipta 2011, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan2011 Kata alu-aluan KPS. Custom Footer text
Powered by Joomla 1.7 Templates