- Details
- Published on Sunday, 01 January 2012 14:44
- Written by Administrator
- Hits: 103
KEMUDAHAN PUSAT SUMBER
Bilik Seminar
Pada masa ini, pusat sumber mempunyai sebuah bilik seminar yang boleh digunakan untuk tujuan perbincangan. Bilik ini dilengkapi dengan meja dan kerusi, talian internet serta papan putih. Tempahan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi.
Bilik Akses Kendiri
Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet. Pengguna boleh menggunakan bilik ini untuk menyiakan tugasan, melayari internet dan mengakses bahan digital seperti CD-Interaktif.
Bilik Jurnal
Pusat sumber menyediakan sebuah bilik khas kepada pengguna yang ingin mengakses jurnal di dalam sebuah bilik yang mengandungi koleksi jurnal yang diterbitkan oleh penyelidik.
Wayarles
Pusat sumber dilengkapkan dengan kemudahan wayerles bagi memudahkan pengguna yang membawa komputer riba.
Loker bag
Loker untuk menyimpan beg disediakan oleh pusat sumber untuk memudahkan pengguna menyimpan beg atau barangan peribadi yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pusat sumber seperti payung, topi keledar dan lain-lain.
Ruang Pameran
Pusat sumber menyediakan kemudahan ruang pameran yang boleh digunakan oleh semua jabatan untuk tujuan mempamerkan sesuatu bahan kepada pengguna. Sesiapa yang ingin menggunakan ruang ini perlu membuat tempahan di kaunter sirkulasi pusat sumber.
Bilik Kecemerlangan Pedagogi Kebangsaan (BKPK)
IPGKTAA telah dipilih sebagai tempat kursus Induksi Pedagogi Peribumi kepada tenaga pengajar bagi ibu bapa murid orang Asli dan Peribumi. Para pensyarah yang terlibat diminta memantau pelaksanaan program ini di sekolah yang terlilih mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
BKPK merupakan satu-satunya pusat maklumat mengenai pedagogi pribumi. Ia ditempatkan di bahagian sebelah kanan luar Pusat Sumber. Penyeliaan BKPK adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada staf pusat sumber yang meliputi aspek kebersihan, kekemasan susun atur dan merekodkan perolehan bahan-bahan yang terdapat di dalam bilik ini.
Penubuhan BKPK adalah untuk:
· IPGKTAA sebagai Pusat Pendidikan dalam jajaran Titiwangsa.
· Menangani pendidikan murid-murid dan masyarakat orang Asli.
· Penghargaan atas kesedaran rumpun masyarakat yang mempunyai hak yang sama dalam negara.
· Pendokumentasian bahasa dan budaya masyarakat melalui Muzium Budaya.
· Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan sekolah orang Asli
· Menjadikan IPGKTAA sebagai pusat kajian serantau yang menjurus kepada pendidikan murid orang Asli.
· Sebagai hub-pendidikan yang melibatkan jaringan seranta di dalam atau di luar negara
- Details
- Published on Sunday, 01 January 2012 14:40
- Written by Administrator
- Hits: 63
Pameran Bahan Baharu
Setiap perolehan yang baharu diterima oleh pusat sumber, bahan-bahan tersebut akan dipamerkan kepada pengguna di ruangan yang disediakan. Makluman mengenai bahan baharu ini juga dipamerkan di laman web IPGKTAA
- Details
- Published on Sunday, 01 January 2012 14:38
- Written by Administrator
- Hits: 70
Perkhidmatan Internet
Perkhidmatan Internet merupakan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna pusat sumber yang berdaftar sebagai ahli pusat sumber yang sah sahaja. Pengguna yang berstatus pelajar boleh menggunakan perkhidmatan internet wayarles atau menggunakan kabel internet sendiri.


