English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Selamat Datang Ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

News

Written on 04/04/2012, 13:36 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pengagihan-baucer-buku-1-malaysiaPelajar PPG, PGSR, KDC-KDPM dan J-Qaf boleh mendapatkan Baucer Buku 1 Malaysia di Pusat Sumber IPGKTAA pada Hari Sabtu 7 & 14 April 2012 mulai jam...
Written on 27/03/2012, 00:52 by AHMAD SALIM HAMBIAH
sambutan-25-tahun-ipgktaaPihak IPGKTAA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga IPG yang telah menjayakan majlis Sambutan Jubli Perak. Foto Sambutan Jubli Perak...
Written on 19/02/2012, 00:13 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-ppg Pembelajaran OLL-PPG Feb 2012 akan dilaksanakan pada semester 1/2012. Portal boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Pelajar boleh memuat turun manual pengguna...
307540

Shoutbox

Latest Message: 21 hours, 25 minutes ago
  • [Vibramycin] : buy cheap
  • [Vibramycin] : buy cheap
  • [pgsr sc 08] : salam, saya mencari jadual interaksi pgsr untuk mei n jun ini....bila boleh didownload?
  • [payday loan : bLccNyOHJRoy, «link» pay day loans online ,92730, loans online ,BKWsq, «link» payday loans online, *help,
  • [Zofran] : buy cheap

Guests are shown between [].

Error
  • [sigplus] Critical error: Insufficient file system permissions to access the image base folder root/images/sampledata/parks, or the folder does not exist.

Notice
  • Folder doesn't exist or doesn't contain any images

Dasar Perlindungan Data

Perlindungan Data 

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Takwim IPG

Takwim IPG

Klik >>>

CARTA ORGANISASI IPG

Carta Organisasi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

Carta

 

Kata alu-aluan

Aluan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

 


Assalamu’alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Selamat datang ke Laman Web Rasmi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,  (http://www.iptaa.edu.my)

Sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), bertekad bukan sahaja untuk terbilang dalam usaha menjana dan menyebarkan ilmu pengetahuan tetapi juga dalam menjunjung tinggi bidang perguruan. Dengan tekad ini, IPGKTAA terus gigih berusaha menyubur dan membentuk peribadi sejati yang utuh dengan nilai-nilai murni serta luhur kepada semua warganya, khususnya kepada para guru pelatih yang menggalas harapan keluarga, masyarakat dan negara. Di IPGKTAA, kami percaya tekad dan usaha serta iringan doa ikhlas adalah ramuan sejati yang mengadun warganya mendokong Visi, Misi dan Matlamat IPG bagi memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan, serta menjadi sebuah institusi perguruan yang terkehadapan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

Berlandaskan  Petunjuk Prestasi Utama (KRA), IPGKTAA terus bergerak ke arah menjadi sebuah IPG yang dinamik, komprehensif dan bertaraf antarabangsa. Dengan kekuatan yang bersandarkan kepada jabatan, pusat kecemerlangan,  sokongan staf akademik dan bukan akademik serta budaya kerja yang gemilang, reputasi IPGKTAA sebagai pusat pengajian  kini kian menyerlah. IPGKTAA akan terus membina kekuatan dengan kaedah pembelajaran inovatif serta persekitaran kondusif, bagi melahirkan guru-guru pelatih dengan sifat unggul, bersedia untuk menggalas amanah sebagai pendidik  dan ahli masyarakat yang tinggi nilai budi dan sahsiahnya.

Melalui laman web ini, pengunjung semua dapat mengenali dengan lebih dekat sebuah institut pendidikan guru. Anda akan disajikan dengan pelbagai maklumat berkaitan latar belakang serta kegiatannya yang terkini di pelbagai peringkat, sama ada jabatan mahupun pelajar.. Saya berharap agar laman web ini akan menghubungkan IPGKTAA dan anda.

Salam hormat,

 

JAAFAR IDRIS., SMP., AMN
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

1 Januari 2012

SmartNews.Com