English French German Italian Portuguese Russian Spanish

News

Written on 20/02/2012, 04:04 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-j-qaf-2012 Pembelajaran atas talian bagi pelatih J-QAF Januari 2012 boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Sebarang masalah sila hubungi En Ahmad Salim Hambiah-...
Written on 19/02/2012, 00:13 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-ppg Pembelajaran OLL-PPG Feb 2012 akan dilaksanakan pada semester 1/2012. Portal boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Taklimat pensyarah dan pelajar berdasarkan...
Written on 13/02/2012, 03:55 by AHMAD SALIM HAMBIAH
konvokesyen-ambilan-januari-2008 Istiadat Konvokesyen kali ke 2 IPGM Tarikh: 12-14 Mac 2012 Bertempat: PICC Putrajaya Tahniah kepada semua graduan.

Shoutbox

Latest Message: 7 minutes ago
  • [guest_2105] : bila boleh dapatkan jadual waktu interaksi bagi ppg/2012? sabtu ini interaksi pertama akan bermula. terima kasih.
  • [admin] : Sesi penggambaran Tarkh: 27 feb 2012 Masa: 8.30am Tempat: Dataran Bestari
  • [admin] : Dalam proses, mohon rujuk website KPM & penyelaras PPG En Syahariman
  • [admin] : guest309: Direktori staf bukan akademik akan diwujudkan setelah mendapat data dari pengawai khidmat pelanggan.
  • [admin] : guest _2: Sila berhubung terus dengan webmaster untuk dapatkan ruangan.

Guests are shown between [].

Selamat Datang Ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

  • header.jpg
  • header_logo.gif
  • maulud_2012.jpg
  • oll.jpg
  • pemandangan.jpg
  • sambutan_1.jpg

Latar belakang

Latar belakang

 

Kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos sebanyak kira-kira RM55.8 juta di atas tapak seluas 24.7 hektar (60 ekar) yang terletak di KM 10, Jalan Padang Tengku, Kuala Lipis. Kampus ini mampu menampung seramai 1,200 orang guru pelatih pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, kokurikulum, kediaman dan kemudahan staf sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini. Kini pentadbiran maktab ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah serta 10 orang Ketua Jabatan yang diwujudkan bagi tujuan pengurusan akademik dan hal ehwal guru pelatih. Pentadbiran maktab juga turut disokong oleh kumpulan staf bukan akademik.

               

                Pada 17 Oktober 2002, maktab ini sekali lagi telah mencatat sejarah kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perasmian kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis , Pahang.

 

                Pada 6 Mei 2006, maktab perguruan telah dinaik taraf sebagai institut perguruan dan dikenali sebagai Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Mulai 25 Ogos 2008 selaras dengan perkembangan pendidikan dan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, sekali lagi institut perguruan dinaik taraf dan dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA)

.

                IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis kini mempunyai lebih kurang 1900 orang pelatih (sama ada sepenuh masa mahu pun separuh masa). IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan  melaksanakan lebih 15 kursus yang melibatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Pengajian Ijazah 4 Tahun (PPPRPET), Kursus Pergurusan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Latihan Guru Bestari dan Program Kursus dalam Cuti (KDC dan LPBS-KPLI)

 

 

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis mempunyai 11 Jabatan iaitu Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Bahasa, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Perguruan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Jasmani dan   Kesihatan. Selain itu, terdapat 4 unit utama iaitu Unit Penilaian dan Peperiksaan, Unit Praktikum, Unit Perkhidmatan, dan Pusat Sumber.

 

                IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, sentiasa bersedia melaksanakan dan mematuhi segala arahan dan bertanggungjawab terhadap agensi induk. Misi dan Visi IPG  Kampus Tengku Ampuan Afzan adalah selaras dengan Misi dan Visi IPG.

 

 

 

Share this post

SmartNews.Com