English French German Italian Portuguese Russian Spanish

News

Written on 20/02/2012, 04:04 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-j-qaf-2012 Pembelajaran atas talian bagi pelatih J-QAF Januari 2012 boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Sebarang masalah sila hubungi En Ahmad Salim Hambiah-...
Written on 19/02/2012, 00:13 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-ppg Pembelajaran OLL-PPG Feb 2012 akan dilaksanakan pada semester 1/2012. Portal boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Taklimat pensyarah dan pelajar berdasarkan...
Written on 13/02/2012, 03:55 by AHMAD SALIM HAMBIAH
konvokesyen-ambilan-januari-2008 Istiadat Konvokesyen kali ke 2 IPGM Tarikh: 12-14 Mac 2012 Bertempat: PICC Putrajaya Tahniah kepada semua graduan.

Shoutbox

Latest Message: 3 minutes ago
  • [guest_2105] : bila boleh dapatkan jadual waktu interaksi bagi ppg/2012? sabtu ini interaksi pertama akan bermula. terima kasih.
  • [admin] : Sesi penggambaran Tarkh: 27 feb 2012 Masa: 8.30am Tempat: Dataran Bestari
  • [admin] : Dalam proses, mohon rujuk website KPM & penyelaras PPG En Syahariman
  • [admin] : guest309: Direktori staf bukan akademik akan diwujudkan setelah mendapat data dari pengawai khidmat pelanggan.
  • [admin] : guest _2: Sila berhubung terus dengan webmaster untuk dapatkan ruangan.

Guests are shown between [].

Selamat Datang Ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

  • header.jpg
  • header_logo.gif
  • maulud_2012.jpg
  • oll.jpg
  • pemandangan.jpg
  • sambutan_1.jpg

Aluan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Description: Cetak

Description: Emel

 


Assalamu’alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Selamat datang ke Laman Web Rasmi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,  (http://www.iptaa.edu.my)

Sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), bertekad bukan sahaja untuk terbilang dalam usaha menjana dan menyebarkan ilmu pengetahuan tetapi juga dalam menjunjung tinggi bidang perguruan. Dengan tekad ini, IPGKTAA terus gigih berusaha menyubur dan membentuk peribadi sejati yang utuh dengan nilai-nilai murni serta luhur kepada semua warganya, khususnya kepada para guru pelatih yang menggalas harapan keluarga, masyarakat dan negara. Di IPGKTAA, kami percaya tekad dan usaha serta iringan doa ikhlas adalah ramuan sejati yang mengadun warganya mendokong Visi, Misi dan Matlamat IPG bagi memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan, serta menjadi sebuah institusi perguruan yang terkehadapan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

Berlandaskan  Petunjuk Prestasi Utama (KRA), IPGKTAA terus bergerak ke arah menjadi sebuah IPG yang dinamik, komprehensif dan bertaraf antarabangsa. Dengan kekuatan yang bersandarkan kepada jabatan, pusat kecemerlangan,  sokongan staf akademik dan bukan akademik serta budaya kerja yang gemilang, reputasi IPGKTAA sebagai pusat pengajian  kini kian menyerlah. IPGKTAA akan terus membina kekuatan dengan kaedah pembelajaran inovatif serta persekitaran kondusif, bagi melahirkan guru-guru pelatih dengan sifat unggul, bersedia untuk menggalas amanah sebagai pendidik  dan ahli masyarakat yang tinggi nilai budi dan sahsiahnya.

Melalui laman web ini, pengunjung semua dapat mengenali dengan lebih dekat sebuah institut pendidikan guru. Anda akan disajikan dengan pelbagai maklumat berkaitan latar belakang serta kegiatannya yang terkini di pelbagai peringkat, sama ada jabatan mahupun pelajar.. Saya berharap agar laman web ini akan menghubungkan IPGKTAA dan anda.

Salam hormat,

 

JAAFAR IDRIS., SMP., AMN
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

1 Januari 2012

Share this post

SmartNews.Com