English French German Italian Portuguese Russian Spanish

News

Written on 20/02/2012, 04:04 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-j-qaf-2012 Pembelajaran atas talian bagi pelatih J-QAF Januari 2012 boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Sebarang masalah sila hubungi En Ahmad Salim Hambiah-...
Written on 19/02/2012, 00:13 by AHMAD SALIM HAMBIAH
pembelajaran-oll-ppg Pembelajaran OLL-PPG Feb 2012 akan dilaksanakan pada semester 1/2012. Portal boleh diakses mulai 25 Feb 2012. Taklimat pensyarah dan pelajar berdasarkan...
Written on 13/02/2012, 03:55 by AHMAD SALIM HAMBIAH
konvokesyen-ambilan-januari-2008 Istiadat Konvokesyen kali ke 2 IPGM Tarikh: 12-14 Mac 2012 Bertempat: PICC Putrajaya Tahniah kepada semua graduan.

Shoutbox

Latest Message: 11 minutes ago
  • [guest_2105] : bila boleh dapatkan jadual waktu interaksi bagi ppg/2012? sabtu ini interaksi pertama akan bermula. terima kasih.
  • [admin] : Sesi penggambaran Tarkh: 27 feb 2012 Masa: 8.30am Tempat: Dataran Bestari
  • [admin] : Dalam proses, mohon rujuk website KPM & penyelaras PPG En Syahariman
  • [admin] : guest309: Direktori staf bukan akademik akan diwujudkan setelah mendapat data dari pengawai khidmat pelanggan.
  • [admin] : guest _2: Sila berhubung terus dengan webmaster untuk dapatkan ruangan.

Guests are shown between [].

Selamat Datang Ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

  • header.jpg
  • header_logo.gif
  • maulud_2012.jpg
  • oll.jpg
  • pemandangan.jpg
  • sambutan_1.jpg

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

 

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan mula ditubuhkan pada tahun 1996. Konsep pengurusannya adalah berdasarkan garis panduan struktur organisasi yang terkini daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia . Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh seorang Penolong Ketua Jabatan, enam orang Ketua Unit, seorang Pembantu Tadbir, seorang jurutaip dan dua orang Pembantu Am Rendah. Unit-unit yang berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah :


1. Unit Kebajikan dan Sosial Pelajar
2. Unit Disiplin dan Tatatertib
3. Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling
4. Unit Data, Rekod dan Pendaftaran
5. Unit Penempatan dan Pelantikan
6. Unit Kediaman Pelajar

 

VISI

Visi Utama Jabatan Hal Ehwal Pelajar secara umumnya adalah seperti berikut :

1. Untuk memberi perkhidmatan dan pengurusan kepada semua pelajar dan peserta kursus di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang.

2. Menguruskan pendaftaran dan kemasukan semua pelajar dan peserta kursus dengan efisian, lancar dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

3. Mempastikan kebajikandan keselamatan pelajar terjamin sepanjang berada di kawasan institut.

4. Menjadi nadi dan penghubung pihak institut dengan pihak luar terutama yang berkaitan dengan pelajar dan waris dan organisasi sosial lain dalam bentu membantu modal insan guru yang menepati ciri dinamik yang menjadi matlamat BPG dan IPGM.

 

 

 

 

 

MISI

 

Barikut adalah misi Jabatan Hal Ehwal Pelajar :


1 Melaksana dan memantau program peningkatan dan pengembangan sahsiah pelajar
2 Mengumpul dan menyalurkan maklumat antara pelajar, pensyarah dan pentadbir
3 Menyediakan program pemulihan dan rujukan pelajar
4 Memberikan latihan asas dalam penyuburan, kepemimpinan dan pengurusan
5 Menguruskan hal ehwal kebajikan dan keselamatan pelajar
6 Menguruskan hal ehwal disiplin dan tatatertib pelajar
7 Mengumpul dan menyediakan pengkalan data pelajar
8 Menguruskan dan mentadbir hal ehwal kediaman, asrama dan luar asrama pelajar.
9 Menguruskan hal ehwal perlindungan insurans, penempatan dan pelantikan pelajar.
10 Menyediakan kemudahan aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

 

 

Share this post

SmartNews.Com