Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Category: Jabatan
- Published Date
- Written by Administrator
- Hits: 608
Jabatan Pendidkan Jasmani Dan Kesihatan
Pengenalan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah subjek yang perlu diikuti oleh semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan sama ada dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) , Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan - OUM serta Program Guru Sekolah Rendah ( PGSR ). Kurikulum yang terdapat dalam subjek ini bertujuan melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran terkini tentang proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini sebagai bekalan mereka ketika berada di sekolah nanti. Di antara pengisian yang terdapat dalam subjek ini adalah pedagogi pendidikan jasmani dan kesihatan, kecergasan fizikal, program senaman, gaya hidup sihat, Anatomi & Fisiologi dan isu-isu berkaitan dengan pendidikan jasmani serta kesihatan. Guru pelatih didedahkan dengan pengetahuan secara teori dan amali menggunakan kemudahan multimedia dan ICT.
Terdapat 3 unit di jabatan ini iaitu
- Unit Pendidikan Jasmani,
- Unit Sains Sukan
- Unit Kecergasan.
Objektif
• Melengkapkan diri guru pelatih dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesional
• keguruan.
• Membantu pihak pentadbir untuk mencapai visi dan misi IPTAA
• Meningkatkan kesedaran guru pelatih untuk menguasaikemahiran pedagogi melalui
• penggunaan internet dan multimedia sebagai sumber untuk melaksanakan pengajaran dan
• pembelajaran PJK dalam usaha melahirkan guru PJK yang berketerampilan, kreatif dan
• inovatif.
VISI
Menjadikan sebuah jabatan yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ), di samping sentiasa melahirkan guru- guru pelatih yang cemerlang di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
MISI
Melahirkan guru- guru pelatih yang berilmu, berpengetahuan serta dapat mengaplikasikannya.
Mencungkil bakat- bakat sedia ada guru pelatih serta memberi peluang untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memupuk kebolehan diri.
Memastikan peluang- peluang untuk belajar dengan penuh keselesaan dan keseronokan.
Calendar
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Photos plus
Carian
Search in QRZ.COM Created by PA4RM |




