JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
MOTTO : DINAMIK, PROGRESIF, EFEKTIF
PENGENALAN
Perkembangan dunia masa kini terutama sekali dalam bidang sains dan teknologi berlaku dengan begitu pesat sekali. Justeru itu Jabatan Sains dan Matematik telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan bakal guru yang berkualiti bagi memastikan segala usaha selari dengan wawasan negara ke arah hasrat mencapai status negara maju. Aspek yang perlu dipertingkatkan meliputi antara lain pengetahuan dan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, daya saing, penyelidikan dan pembangunan serta penggunaan teknologi maklumat dalam membantu pengajaran dan pembelajaran pelajar. Kursus dan program yang akan diadakan sepanjang tahun 2009 adalah bersesuaian dengan usaha negara untuk memperolehi pendidikan sains dan matematik yang mampu merealisasikan wawasan negara. Adalah menjadi harapan semua pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik untuk menjadikan pendidikan sains dan matematik di Malaysia bertaraf dunia.
OBJEKTIF
A) Melatih dan menyediakan bakal-bakal guru Sains dan Matematik sekolah rendah dan menengah yang berketerampilan.
B) Melaksana dan menyebarkan dapatan penyelidikan dan pengalaman yang boleh digunakan di kalangan pensyarah, guru-guru pelatih dan sekolah untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik masing-masing.
C) Memberi khidmat konsultansi kepada guru-guru sains dan matematik melalui kursus, bengkel dan seminar anjuran IPGM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
D) Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan taraf profesionalisme pensyarah sains dan matematik melalui program Latihan Pembangunan Staf.
VISI JABATAN
Menjadikan Jabatan Sains Dan Matematik sebagai pusat pembangunan sains dan matematik untuk mengembangkan penyelididkan dan perundingan dalam bidang sains dan matematik.
MISI JABATAN
Menghasilkan guru-guru yang berpengatahuan dan berkemahiran dalam bidang sains dan matematik.
Menyediakan kepakaran dan kemudahan dalam bidang sains dan matematik.
Memberikan perkhidmatan dan perundingan berkaitan keguruan dalam bidang sains dan matematik.
Memenuhi kehendak pelanggan.