Jabatan Sains Sosial
- Category: Jabatan
- Published Date
- Written by Administrator
- Hits: 683
Sekapur Sireh mengenai Jabatan Sains Sosial...
Jabatan Kajian Sosial Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang merupakan salah satu jabatan akademik yang memainkan peranan penting di dalam menyediakan infrastruktur pelan akademik kepada pelajar-pelajar yang terdiri dari guru pelatih yang bergelar bakal guru. Antara subjek atau mata pelajaran yang ditawarkan melalui jabatan ini ialah :
1. Kajian Sosial
2. Kemahiran Hidup
3. Pendidikan Sivik dan Kenegaraan
4. Pendidikan Muzik
5. Pendidikan Seni Visual
6. Kajian Tempatan
7. Pendidikan Negara Bangsa
Selain dari subjek yang di atas, jabatan juga turut menawarkan beberapa subjek lain bagi pelatih-pelatih yang terdiri dari guru-guru yang sedang berkhidmat dengan menjalani kursus dalam cuti; KDC, jQAF, KPLI MOD LPBS serta KEMAS.
Mata pelajaran yang ditawarkan ialah :
1. Pendidikan Muzik
2. Seni Dalam Pendidikan
3. Penyuburan Diri Insan Guru
4. Muzik Dalam P&P
5. Kajian Tempatan
6. Kajian Sosial
PENGENALAN
Jabatan Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah terdiri dari 5 buah unit. Unit-unit tersebut ialah Unit Kajian Sosial, Unit Pendidikan Muzik, Unit Kemahiran Hidup, Unit Pendidikan Seni Visual dan Unit Sivik dan Kenegaraan.
Jabatan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh 20 orang pensyarah. Begitupun struktur organisasi akan berubah secara keseluruhan untuk semua IPG di Malaysia sedikit masa nanti.
OBJEKTIF
1. Membolehkan guru pelatih menguasai pengetahuan, kemahiran serta strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan mereka merancang, mengelola dan menyampaikan mata pelajaran Kajian Sosial dengan berkesan.
2. Menghayati dan mengamalkan peranan guru, mempunyai sikap ingin belajar dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam profesion perguruan.
3. Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar serta menghayati nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat dan agama.
4. Melengkapkan guru pelatih dengan pemahaman, kemahiran, nilai dan perkaedahan dalam mata pelajaran Sains Sosial bagi menyediakan guru-guru yang berketrampilan.
5. Memberi pengetahuan, kefahaman dan pengalaman dalam aspek kemahiran penggunaan alatan tangan, membina dan mereka bentuk serta kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan alatan.
6. Menghasilkan guru pelatih yang berilmu, berakhlak mulia serta mempunyai semangat patriotisme dan setia kepada Negara.
VISI
MENGHASILKAN GURU BERTARAF IJAZAH SARJANAMUDA PERGURUAN YANG BERKTRAMPILAN DARI ASPEK ILMU DAN KEMAHIRAN SERTA SAHSIAH KEGURUAN YANG CEMERLANG
MISI
MENYEDIAKAN KEPAKARAN DAN KEMUDAHAN BERKAITAN BIDANG SAINS SOSIAL.
MENJADI PERUNDING KEPADA ORGANISASI TEMPATAN DAN INSTITUSI PENDIDIKANMENGHASILKAN GURU YANG INOVATIF DAN KREATIF DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI PENDIDIK BAGI MEMENUHI KEHENDAK
PELANGGANMENERUSKAN AMALAN BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG BERTERASKAN ETIKA KERJA KEGURUAN
MOTTO
Estetika Menjana Kualiti Pendidikan
Estetika
Jabatan ini berusaha dalam suasana dan iklim yang ceria dan keindahan melalui pengintegrasian unit-unit yang bernaung di bawahnya.
Menjana
Dalam satu kesatuan yang padu berusaha mencapai kualiti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta tujuan dan tanggungjawab di institut ke arah kecemerlangan.
Kualiti
Pengamalan standard kualiti dalam semua tugasan dikalangan pensyarah dan pelajar.
Pendidikan
Penggembelingan segala tenaga, usaha dan masa bagi merealisasikan hala tuju Pendidikan Negara Bertaraf Dunia
Calendar
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Photos plus
Carian
Search in QRZ.COM Created by PA4RM |




