JPIPK
- Category: Jabatan
- Published Date
- Written by Administrator
- Hits: 446
PENGENALAN
Penyelidikan dan inovasi memainkan peranan penting dalam peningkatan tahap profesionalisme pensyarah sesebuah institusi pendidikan guru. Menerusi penyelidikan, ilmu pengetahuan dapat diperkembangkan dan disebar luaskan ke serata tempat. Justeru, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan para pensyarah mendalami ilmu dan kemahiran mengenai penyelidikan seterusnya menyalurkan ilmu berkenaan kepada bakal guru. Di samping itu, jabatan ini juga diminta untuk mewujudkan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dengan harapan menjadikannya sebagai nilai tambah kepada pengetahuan ilmu yang sedia ada.
OBJEKTIF
a) Melatih dan membudayakan penyelidikan dalam kalangan pensyarah.
b) Melaksanakan penyelidikan dalam kalangan pensyarah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta aspek profesionalisme yang lain.
c) Memberi khidmat konsultansi kepada para pensyarah, guru serta pelatih melalui kursus, bengkel dan seminar anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Pendidikan Guru.
d) Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme pensyarah melalui program Latihan Pembangunan Staf dan pembentangan kertas kerja dalam seminar.
VISI
Membudayakan penyelidikan dalam institut ke arah membangunkan profesion perguruan yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan dapat memenuhi aspirasi negara.
MISI
Melaksanakan penyelidikan pendidikan perguruan yang berkualiti bagi mendasari pembangunan ke arah melahirkan guru bertaraf dunia dan berketerampilan demi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Calendar
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Photos plus
Carian
Search in QRZ.COM Created by PA4RM |




